Duit syiling 1 Cent Malaya & British Borneo di atas dikeluarkan pada tahun 1962 iaitu sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia 1963. Ia dikeluarkan sebanyak 45,000,000 keping sahaja. Duit syiling ini berdiameter 17.7m dan beratnya ialah 1.94g. Syiling ini ditempa di Royal Mint, London. Di bahagian hadapan duit syiling ini terdapat dua bilah keris melayu yang bersilang. Manakala di bahagian belakang syiling ini pula tertera perkataan "MALAYA AND BRITISH BORNEO", "1 CENT" serta "1962". Pada 16 Jun 1969 Matawang Malaya & British Borneo telah dimansuhkan. Selepas itu mata wang Malaysia diperlakukan sepenuhnya. Duit syiling ini merupakan rekabentuk yang terakhir Tanah Melayu ketika itu yang kemudiannya ditukar kepada syiling Malaysia siri pertama yang bermula pada tahun 1967 sehingga tahun 1988.
Salam Maal Hijrah buat semua pembaca dan sahabat2 Blogger semua...
Tahun baru Hijrah adalah Hijrah atau berpindah dari kegelapan menuju cahaya islam...dari kekufuran menuju keimanan...dan dari maksiat kepada amal soleh...Semoga kita semua berusaha menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya...Aamiin