This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Tuesday, 9 July 2013

RM5 Zeti Aziz

Wang RM5 diatas merupakan wang polimer edaran pertama yang dikeluarkan pada 26 Oktober 2004. Berukuran 130mm x 65mm dan berwarna hijau. Wang RM5 polimer ini ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz. Menggunakan cetakan Note Printing Australia (NPA). Prefix pertama bagi wang polimer RM5 ini adalah CA. Manakala ZA pula merupakan wang gantian. Wang polimer RM5 masih mengekalkan reka bentuk,warna,saiz dan beberapa ciri keselamatan asal yang terdapat pada wang kertas RM5 sebelumnya. 

Di bahagian hadapan masih tertera potret Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Ciri-ciri keselamatan baru turut dimasukkan dalam wang polimer ini iaitu tingkap pandang telus dengan imej tanda bayang Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan cetakan timbul angka 5 pada tingkap pandang telus. Logo Bank Negara Malaysia juga terdapat di bahagian hadapan wang polimer ini. Beberapa teks juga mengalami perubahan kecil iaitu pada frasa "WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI" diubah kepada "WANG INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI".

Di muka belakang pula ditera dengan imej-imej Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia. Saiz perkataan jawi disebelah kiri dikecilkan. Begitu juga dengan perkataan jawi dan nombor siri (menegak) disebelah kiri bertukar tempat. Tingkap legap (tingkap tidak telus) dengan imej logo Bank Negara di bahagian belakang wang polimer. (Sumber: Bank Negara Malaysia)

Wang polimer RM5 siri baharu ini mula dikeluarkan pada 16 Julai 2012. Berukuran 135mm x 65mm dan berwarna hijau. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Aziz Akhtar Aziz. Prefix pertama bermula dengan AA. Reka bentuk dan corak wang polimer ini bertemakan 'Keunikan Malaysia". Keunikan kebudayaan,kesenian serta warisan alam semulajadi menjadi sumber inspirasi dalam menghasilkan reka bentuk wang polimer siri baharu ini. Di bahagian hadapan memaparkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya sebagai simbol keberanian serta keteguhan politik dan ekonomi negara Malaysia. Secara keseluruhan  wang polimer RM5 ini berasaskan kepada corak tenunan songket traditional.

Pada bahagian belakang wang polimer RM5 baharu ini dipaparkan  Burung Enggang (Buceros rhinocerus) iaitu salah satu spesies burung Enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung hutan yang menarik,bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di negara ini. Ia memainkan peranan yang penting dalam budaya dan upacara traditional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai "Bumi Kenyalang". Burung Enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli di negeri Sarawak. (Sumber: Bank Negara Malaysia, malaysiamerdeka.gov.my,bharian.com,sinarharian.com.my)

Monday, 8 July 2013

RM10 Zeti Aziz

Siri ke 11 (2000)
Ukuran: 140mm x 65mm
Tandatangan: Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Aziz Akhtar Aziz
Cetakan: De La Rue Currency International
Prefix pertama: CY
Prefix akhir: FC
Replacement prefix: ZA

Muka Belakang (FC 6459996)


SIRI KE 11(2004)
UKURAN: 140MM X 65MM
TANDATANGAN: TAN SRI DATO' SRI DR. ZETI AZIZ AKHTAR AZIZ
CETAKAN: DE LA RUE CURRENCY INTERNATIONAL
PREFIX PERTAMA: FD
REPLACEMENT PREFIX: ZA,ZB,ZC,ZD,ZE,ZF & ZG
JENIS CIRI SEKURITI TAMBAHAN (WITH NEW SILVER SECURITY THREAD)

MUKA BELAKANG


Wang kertas RM10 siri baharu ini mula dikeluarkan pada 16 Julai 2012. Berukuran 140mm x 65mm dan berwarna merah. Ia ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Aziz Akhtar Aziz. Prefix pertama bagi wang kertas RM10 ini bermula dengan AA. Reka bentuk wang kertas ini bertemakan "keunikan Malaysia" dengan memaparkan ekspresi traditional berinspirasikan seni dan kraf tangan,ekonomi,tradisi, flora dan fauna. Pada bahagian hadapan tertera potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Bunga kebangsaan iaitu bunga raya (Rosa-sinensis) serta corak tenunan songket traditional juga terdapat dalam wang kertas RM10 ini.


Malaysia mempunyai hutan tropika yang tumbuh subur dengan pelbagai jenis pokok berbunga dan merupakan salah satu hutan hujan yang tertua di dunia. Antara yang paling ikonik dan terkenal adalah bunga terbesar didunia iaitu Rafflesia. Spesies Rafflesia Azlanii di paparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui  di Hutan Simpan Royal Belum di Negeri Perak pada tahun 2003. Bagi memperingati penemuan ini,bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafurullah. Selain itu juga ia turut dilengkapi dengan jalur holografik untuk mencegah pemalsuan wang. (Sumber: Bank Negara Malaysia, Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, pilihan-anda.blogspot, sinarharian.com)

RM20 Zeti Aziz


Wang kertas RM20 siri baru ini mula diperkenalkan pada 20 Mei 2011 menggantikan wang kertas $20 siri ke 3. Bank Negara Malaysia memperkenalkan kembali wang kertas RM20 ini selepas 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada tahun 1995. Ia mula diedarkan pada 16 Julai 2012. Berukuran 145mm x 65mm dan berwarna jingga. Wang kertas ini ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Aziz Akhtar Aziz. Prefix pertama bermula dengan AA. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai di antara RM0 hingga RM50. Di muka hadapan masih mengekalkan potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman,bunga kebangsaan (bunga raya),nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan traditional songket.


Di bahagian belakang pula,ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar,budaya,tradisi,flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia. Mata wang baru RM20 ini juga masih mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, perkataan bertulis jawi serta corak tenunan songket pada bahagian belakangnya. Siri baru RM20 ini juga menggunakan ciri-ciri keselamatan dipertingkatakan sejajar dengan kemajuan terbaru dalam teknologi mata wang. Ini termasuklah imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenalpasti nilainya. Satu lagi ciri yang dipertingkatkan adalah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu  kurang penglihatan dapat mengenalpasti serta membezakan nilai mata wang.

Dua jenis penyu yang terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacia) merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan Tropika kita turut dipaparkan pada bahagian belakang wang kertas RM20 baharu ini. Penyu karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik. Manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cengkerangnya. Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia serta pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan secara bijaksana.(Sumber: Bank Negara Malaysia,Utusan Malaysia,26 Mei 2011,Berita Harian,22 Disember 2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...