This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 11 November 2013

The Maritime Experiential Museum, Singapore

The Maritime Experiential Museum terletak di Pulau Sentosa, Singapura berhampiran dengan Universal Studios Singapore (USS). Muzium ini merupakan muzium pertama serta satu-satunya di dunia yang menampilkan lebih 400 artifak peninggalan sejarah Singapura sebagai tempat pelabuhan perdagangan. Pelabuhan Singapura adalah salah sebuah daripada lima pelabuhan yang tersibuk di dunia. Ia juga turut memaparkan tentang perjalanan sejarah, pengetahuan serta wawasan mengenai maritim. Sumber: http://www.yoursingapore.com

Di sini kita dapat menyaksikan replika kapal harta Laksamana Zheng He (Bao Chuan) yang dilantik oleh Maharaja Ming Zhu untuk memimpin 300 buah kapal serta 28,000 orang anak kapal untuk meneroka laut bagi pihak Dinasti Ming. Muzium ini dibuka setiap hari Isnin sehingga Khamis dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Manakala Jumaat hingga Ahad dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. 


Patung Buddha

Seramik ( Porselin )

Seramik atau dalam bahasa Yunani disebut sebagai "Ceramos" bererti benda yang diperbuat daripada tanah liat. Berdasarkan kepada pengertian tersebut kesemua benda yang dihasilkan dari tanah liat, kemudian dibakar dengan kadar suhu yang tertentu dikategorikan sebagai Seramik. Kadangkala istilah seramik ini juga disebut sebagai tembikar.

Porselin atau lebih dikenali sebagai Seramik adalah tanah liat yang dibakar  pada kadar suhu 1250 darjah celcius tetapi tidak melebihi 1350 darjah celcius. Bahan asas porselin ini terdiri daripada dua jenis material iaitu tanah liat putih (petuntse) atau kaolin (honey) dan  mineral felspar. Kaolin hanya akan lebur pada suhu pembakaran yang tinggi sedangkan mineral felspar pula berasal dari batu granit yang telah lama. Porselin ini juga bersifat tidak poros dan dapat menembusi cahaya. Sumber: Asyaari Muhamad, Seramik Purba yang diperdagangkan di Semenanjung Malaysia,Sari-International Journal Of The Malay World And Civilisation 28(1)(2010):3-40


Antara artifak yang berada dalam bahtera

Tembikar yang diliputi cengkerang

Celadon

Celadon merupakan seramik yang dibakar pada suhu yang lebih tinggi sedikit dari tembikar tanah tetapi kurang daripada porselin dan disalut dengan cecair berwarna hijau kebiruan (glais).

Celadon bersama batu karang



Stoneware

Stoneware atau tembikar batu adalah seramik yang dibakar pada kadar suhu antara 1150˚ Celsius hingga 1300˚ Celsius. Ia bersifat tidak poros dan tidak tembus cahaya. Bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan tembikar batu ini ialah tanah liat yang bersifat silika atau berkaca. Sumber: Asyaari Muhamad, Seramik Purba yang diperdagangkan di Semenanjung Malaysia,Sari-International Journal Of The Malay World And Civilisation 28(1)(2010):3-40

Alat Muzik turut di pamerkan


Antara diorama yang dipamerkan



5 comments:

  1. Bestnya ...saya suka tgk barang2 macam nie ..boleh mengkaji cara pembuatan dan sejarahnya ...

    http://azahairi.com/2013/11/afiq-umar-thaqif-1-tahun

    ReplyDelete
  2. Yup...betul tu..benda-benda bersejarah nie patut kita simpan dan kaji untuk tatapan generasi akan datang..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih saudara azahairi atas kunjungan....

    ReplyDelete
  4. artikelnya bagus, saya suka sekali, salam kenal ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...Salam perkenalan juge dari NH...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...