This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Saturday 4 January 2014

Perayaan Hari Malaysia 50 Tahun

Muka Hadapan Emas Nordic 

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50 pada 16 September 2013. Tarikh 16 September 1963 adalah penting kerana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana  Menteri yang pertama mengisytiharkan penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Detik pengisytiharan ini disaksikan oleh 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari penuh bersejarah ini. Tunku Abdul Rahman bersama-sama dengan mereka yang hadir telah melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali. Hari Malaysia kini disambut pada 16 September setiap tahun sebagai memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 11 buah negeri di  Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak. 


Duit syiling Hari Malaysia ke-50 ini dikeluarkan dalam 3 denominasi iaitu RM100 (Emas 999.9), RM10 (Perak 999) dan RM1 (Emas Nordic). Buat pertama kalinya juga, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak yang berwarna. Koleksi NH hanya mempunyai Duit Syiling Emas Nordic (Nordic Gold Coin) berbentuk bulat dengan sisi bergerigi yang mengandungi Emas Nordic (Cu89 Zn5 Al5 Sn1). Bergaris pusat 30.00mm, berat 8.50g dengan ketebalan 1.80mm. Kuantiti tempaan yang dibenarkan adalah 25,000 keping sahaja.


Muka Belakang Emas Nordic

Reka Bentuk duit syiling ini di bahagian hadapan memaparkan imej Jalur Gemilang di bahagian tengahnya, perkataan "PERAYAAN HARI MALAYSIA" dan "50 TAHUN" dipaparkan dibahagian atas duit syiling. Manakala perkataan "16 SEPTEMBER 1963-2013" tertera di bahagian bawah duit syiling tersebut. Bagi bahagian belakang pula, imej Jata Negara dan peta Malaysia dipaparkan dibahagian tengah duit syiling peringatan. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan dibahagian atas duit syiling. Manakala nilai muka duit syiling tertera di bahagian bawahnya. Kesemua duit syiling ini juga boleh di dapati dalam set 3 dalam 1(emas, perak berwarna & emas Nordic pruf) dengan kuantiti tempaan 500 set. Sementara set 2 dalam 1 (perak berwarna dan emas Nordic pruf ) dengan  tempaan sebanyak 500 set sahaja. Sumber: http://www.bnm.gov.myhttp://www.kosmo.com.my,http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...