This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Wednesday 1 January 2014

20 Tahun Bank Negara Malaysia


Syiling peringatan ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 26 Januari 1979 sempena memperingati ulang tahun Bank Negara Malaysia yang ke 20. Syiling ini berdenominasi $1 dan didatangkan dalam dua bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Ia diperbuat daripada kupro-nikel (Copper-Nickel) dengan berat 16.85gm, bergaris pusat (diameter) 33.30mm serta ketebalan 2.20mm. Syiling ini ditempa di Birmingham Mint, United Kingdom. Kuantiti tempaan bagi 1 Ringgit kupro-nikel adalah terhad kepada 300,000 keping sahaja. Manakala bagi 1 Ringgit pruf perak jumlah tempaan adalah 8,000 keping.


Di muka hadapan duit syiling peringatan ini tertera Bangunan Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur. Manakala logo Bank Negara Malaysia disebelah kanan bahagian atas syiling dan tahun "1959-1979" di bahagian bawah syiling tersebut. Di muka belakang pula terdapat perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA", "DUA PULUH TAHUN", nilai muka "$1"  dan "RINGGIT". Sumber: Matawang Malaysia, Coins & Banknotes 2010, Peter Eu & Ben Chiew

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...