This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Tuesday 31 December 2013

Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel

Muka Hadapan 5 Ringgit Kupro-Zink (Bukan Peruf)

Muka Belakang 5 Ringgit Kupro-Zink (Bukan Peruf)

Duit syiling peringatan diatas dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 18 Okober 1989 sempena Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (Commonwealth Heads Of Goverment Meeting) juga dikenali sebagai CHOGM. Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai oleh semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Biasanya ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Presiden yang dikendalikan oleh negara ahli yang berbeza pada setiap dua tahun. Mesyuarat ini biasanya dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel. Sebelum tahun 1971 mesyuarat ini dikenali sebagai Persidangan Perdana Menteri Komanwel. CHOGM yang pertama diadakan di Singapura pada tahun 1971. Manakala Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1989 diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia yang berlangsung pada 18 sehingga 24 Oktober. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/CHOGM

Syiling peringatan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel ini mempunyai nilai muka 5 ringgit (Copper-zinc) dan 25 ringgit Perak (silver). Ia didatangkan dalam 2 bentuk iatu peruf dan bukan peruf. Syiling 5 ringgit kupro-Zink ini  diperbuat daripada logam tembaga (84%), zink (12%) dan timah (4%). Beratnya 10.4g dengan ketebalan 2.9m serta berdiameter 26mm. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 150,000 keping sahaja bagi bukan peruf. Manakala bagi peruf pula jumlah tempaan adalah sebanyak 8,000 keping sahaja. Syiling peringatan ini ditempa di Kilang Wang, Shah Alam.

Rekabentuk wang syiling peringatan ini di bahagian hadapan terpapar Bangunan Sultan Abdul Samad berlatar belakang beberapa garisan lurus melintang di bahagian bawah. Begitu juga terdapat perkataan " MESYUARAT KETUA-KETUA KERAJAAN KOMANWEL" yang tertera dibahagian atas syiling. Manakala logo rasmi CHOGM diletakkan disebelah kanan  dan disebelah kiri pula terdapat tahun "1989". Di bahagian bawah terdapat perkataan "THE COMMONWEALTH HEADS OF GOVERMENT MEETING"  di sekeliling syiling peringatan 5 Ringgit tersebut. Di bahagian belakang duit syiling ini tertera perkataan "MALAYSIA" di atas satu garisan melintang. Di atas perkataan Malaysia itu, terpapar Jata Negara Malaysia. Sementara di bawah perkataan Malaysia diletakkan nilai muka "5 Ringgit" syiling peringatan tersebut. Sumber: Katalog Ringkas Matawang Malaysia, Coins & Banknotes 1967-2014, Numis Coins & Notes. Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, K.N.Boon.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...