This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Saturday 21 December 2013

Sukan Asia Tenggara ke-9 (1977)

Muka Hadapan

Muka Belakang

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan ini sempena memperingati Sukan SEA ke 9 yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 19 sehingga 26 Disember 1977. Sukan SEA yang dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara juga merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 buah negara di Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Vietnam, Myanmar, Laos, Kemboja, Brunei dan Timor-Leste. 

Sukan ini dibawah pimpinan Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia. Pada asalnya sukan Asia Tenggara ini diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Sukan SEAP ini diasaskan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Sukan ini turut disertai oleh 3 negara iaitu Brunei, Indonesia dan Filipina yang baru menyertai sukan SEAP menjadikan 7 buah negara yang terlibat termasuk Myanmar, Singapura, Thailand dan Malaysia yang sudah pun menyertai sukan SEA edisi sebelumnya. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Asia_Tenggara

Syiling peringatan Sukan Asia Tenggara ke 9 ini dikeluarkan pada 15 Julai 1977 dengan 3 denominasi iaitu satu ringgit kupro-nikel, 25 ringgit perak dan 200 ringgit emas. Kesemua duit syiling ini ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat. Syiling satu ringgit kupro-nikel ini mempunyai berat 16.80g, bergaris pusat (diameter) 33.36mm serta ketebalan 2.50mm. Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Ia ditempa sebanyak 1,000,000 keping sahaja. 

Di bahagian hadapan duit syiling satu ringgit kupro-nikel ini tertera perkataan " NINTH SOUTHEAST ASIA GAMES" di sebelah atas dan logo sukan asia tengara serta permainan traditional wau bulan. Manakala di muka belakang pula memaparkan Jata Negara Malaysia dibahagian tengah dengan perkataan "KUALA LUMPUR -MALAYSIA-1977" di sebelah atas dan denominasi duit syiling "SATU RINGGIT" pada sebelah bawah. Sumber: Matawang Malaysia coins & Banknotes 2010, Peter Eu & Ben Chiew

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...