Muka Hadapan
Muka Belakang
Duit syiling peringatan abad ke 15 Hijrah ini dikeluarkan pada tanggal 1 Muharam 1401 Hijrah bersempena abad ke 15 Hijrah. Ia telah dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 11 November 1980 yang dikeluarkan dalam bentuk bukan peruf sahaja dengan menggunakkan logam tembaga (75%) dan nikel (25%). Duit syiling ini berdenominasi $1 dengan berat 17.00gm, diameter 33.4mm dengan ketebalan 2.5mm. Syiling peringatan abad ke 15 ini ditempa dan dikeluarkan oleh Kilang Wang, Shah Alam dengan kuantiti tempaan adalah terhad kepada 500,000 keping sahaja.
Rekabentuk syiling peringatan ini amat unik sekali yang mana dimuka hadapan tertera logo sambutan sedunia perayaan menyambut ketibaan abad ke 15 Hijrah. Terdapat huruf jawi "HA" yang bermaksud Hijrah. Bangunan Kaabah dan Menara Masjid Nabawi di Madinah melambangkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah dan permulaan perkiraan tahun hijrah. Manakala sarang labah-labah pula melambangkan perpaduan dikalangan umat islam di Malaysia dan di dunia. Sementara di bahagian belakang pula dihiasi dengan tulisan jawi "SAMBUTAN ABAD KE 15 HIJRAH" diletakkan di sebelah atas syiling. Nilai muka $1 di bahagian tengah dengan tulisan jawi "1401 HIJRAH" di atasnya. Begitu juga terdapat tulisan jawi "MALAYSIA" dibahagian bawah syiling tersebut. Sumber: Malaysia, Brunei & Singapore, Banknotes & Coins, K.N.Boon.
No comments:
Post a Comment