This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Monday 30 December 2013

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80. Kewujudan Angkatan Tentera Malaysia bermula dengan pembentukan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933, yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Tentera Malaysia berikutan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.  Angkatan Tentera Malaysia telah berkembang sejak lapan dekad yang lalu daripada sebuah pasukan tentera kepada Angkatan Tentera Serba Lengkap dan Canggih (Full Spectrum Force)
Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

     
  2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam Perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM150 sekeping. Sebanyak 1,000 keping sahaja ditempa.

     
  3. Duit Syiling Peringatan Emas NordicNilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,000 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 750 set sahaja. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.
Reka Bentuk Duit Syiling
Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:
  1. Bahagian Hadapan Duit SyilingReka bentuk duit syiling peringatan ini memaparkan ketiga-tiga bahagian Angkatan Tentera Malaysia, iaitu jet pejuang untuk mewakili Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kereta kebal untuk mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM), dan kapal selam untuk mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perkataan “ULANG TAHUN KE-80 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA” dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun “1933-2013” yang menunjukkan tempoh 80 tahun kewujudan Angkatan Tentera Malaysia dipaparkan pada bahagian bawah reka bentuk syiling.

     
  2. Bahagian Belakang Duit SyilingBahagian tengah duit syiling peringatan ini memaparkan logo Angkatan Tentera Malaysia. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling tersebut.
Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 23 Disember 2013 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta  cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Lampiran I
PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN
BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-80
 Spesifikasi Teknikal
Jenis Duit Syiling
Logam
Nilai Muka
(RM)
Kuantiti Tempaan(keping/set)
Garis Pusat (mm)
Berat
(gram)
Bentuk

Pruf Emas
Emas (Au999.9)
100
500
22.0
7.96
Bulat dengan
sisi bergerigi

Pruf Perak
Perak (Ag92.5)
10
1,000
35.7
21.0
Bulat dengan
sisi bergerigi

Emas Nordic
Cu89
Zn5 Al5
Sn1
1
25,000
30.0

8.5
Bulat dengan
sisi bergerigi

Set
2-dalam-satu1


10 + 1
750




Set
3-dalam-satu2


100 + 10 + 1
500



Nota:

1Set 2-dalam-satu mengandungi duit syiling pruf perak dan emas nordic.
2Set 3-dalam-satu mengandungi duit syiling pruf emas, perak dan emas nordic.
 
Bank Negara Malaysia
20 Disember 2013

1 comment:

  1. wahhhh... bestnye kalau dapat tapi mesti orang atasan da beli semua tu...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...