This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Sunday 15 December 2013

Rancangan Malaysia Keempat (4th Malaysia Plan)

Muka Hadapan ( Potret Tun Hussein Onn)

Muka Belakang ( Jata Negara )

Syiling Peringatan ini dikeluarkan pada 1 Disember 1981 sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia keempat (RMK4) oleh Perdana Menteri yang ketiga iaitu Tun Hussein Onn. Rancangan  Malaysia keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan 5 tahun Malaysia yang bermula pada tahun 1981 sehingga 1985. RMK4 ini masih bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan bernilai muka 1 Ringgit, 20 Ringgit dan 500 Ringgit. Ia didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf.

Syiling peringatan 1 Ringgit diatas ditempa di Franklin Mint, U.S.A dengan berat 16.90g, diameter 33.35mm serta ketebalan 2.60mm. Komposisinya adalah kupro-nickel. Duit syiling ini ditempa sebanyak 1,000,000 keping sahaja. Di bahagian hadapan duit syiling ini tertera potret Tun Hussein Onn iaitu Perdana Menteri yang ketiga. Manakala di muka belakang terdapat Jata Negara serta perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT", "1981" dan "1 RINGGIT". Sumber: Matawang Malaysia, Coins & Banknotes 1967-2014, Numis Coins & Notes. Matawang Malaysia Coins & Banknotes 2010, Peter Eu & Ben Chiew.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...