This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Thursday, 26 December 2013

30 Tahun Merdeka 1987

Muka Depan ($1 Bukan Peruf tembaga-zink)

Bank Negara Malaysia telah melancarkan 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) pada 29 Ogos 1987 bersempena memperingati sambutan ulangtahun ke 30 kemerdekaan Malaysia. Syiling peringatan ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan tembaga-zink (copper-zink) yang mana setiap jenis didatangkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf. Syiling peringatan 30 tahun merdeka ini dikeluarkan dengan 3 denominasi iaitu $1 tembaga-zink, $10 perak dan $250 emas.

Duit syiling peringatan $1 ini diperbuat daripada tembaga (84%), zink (12%) dan timah (4%). Ia mempunyai berat 9g, berdiameter 24.5mm dengan ketebalan 2.7mm.Syiling ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. Bagi syiling peruf kuantiti tempaan adalah terhad kepada 20,000 keping sahaja yang dikeluarkan dalam bekas baldu biru Bank Negara Malaysia. Manakala kuantiti tempaan bagi syiling bukan peruf juga terhad kepada  1,000,000 keping sahaja. Syiling peringatan ini ditempa di Singapore Mint.

Muka Belakang ($1 Bukan peruf tembaga-zink)

Rekabentuk hadapan duit syiling peringatan $1 tembaga-nikel ini mengandungi bintang berbucu 14 di bahagian atas syiling dan perkataan "30 TAHUN MERDEKA" serta tahun "1957-1987" di bahagian bawah syiling. Manakala di bahagian tengah duit syiling peringatan ini tertera 30 ekor burung merpati yang terbang bebas sebagai simbol 30 tahun rakyat Malaysia hidup bebas di tanah air yang tercinta. Ia juga melambangkan semua rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum hidup dalam suasana  aman dan harmoni. Sementara rekabentuk bahagian belakang terpamer perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" disebelah atas syiling. Di bahagian tengah pula terdapat Jata Negara dan nilai muka "$1" diletakkan dibahagian bawah syiling tersebut. Sumber: Matawang Malaysia, Coins & Banknotes 2010, Peter Eu & Ben Chiew

3 comments:

  1. Datang dari segmen yang sama. Done follow :). Followback please? :)Saya baru buat blog ^^

    http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2013/12/segmen-saya-sayang-blog-saya.html

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ayn...akak dah singgah n follow blog Ayn..

    ReplyDelete
  3. Salam...saya ada duit siling rm 25 sempena ulang tahun ke 25 bank negara malaysia. 1959-1984
    Kalau berminat hubungi saya 0175678714

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...