This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Friday 13 December 2013

Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980

Muka Hadapan ( Potret Tun Abdul Razak )

Muka Belakang ( Jata Negara )

Syiling peringatan ini dikeluarkan pada 15 Disember 1976 sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980. Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Kedua iaitu Tun Abdul Razak pada bulan Julai 1976. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan ini dalam 3 denominasi iaitu satu ringgit copper-nickel, 10 ringgit perak dan 200 ringgit emas. Ia didatangkan dalam 2 bentuk iaitu peruf dan bukan peruf. 

Syiling peringatan diatas berdenominasi satu ringgit dengan berat 16.80g, bergaris pusat (diameter) 34mm dengan ketebalan 2.6mm. Materialnya adalah daripada kupro-nikel (copper-nickel). Syiling ini dikeluarkan sebanyak 1,000,000 keping sahaja dan ianya ditempa di Franklin Mint, U.S.A. Syiling peringatan satu ringgit ini mempunyai rekabentuk yang unik sekali yang mana ia ditempa dalam bentuk segi 14 . Di bahagian hadapan duit syiling ini tertera Potret Tun Abdul Razak yang dikelilingi oleh 13 bendera negeri dalam Malaysia yang terdiri dari negeri Johor, Kedah, Pahang, Melaka, Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Sarawak serta bendera Malaysia. 

Di bahagian belakang pula terdapat perkataan " RANCANGAN MALAYSIA KETIGA 1976-1980", nilai "SATU RINGGIT" serta Jata Negara sebagai lambang negara Malaysia. Sumber: Matawang Malaysia Coins & Banknotes 2010, Peter Eu & Ben Chiew, Matawang Malaysia Coins & Banknotes 1967-2014, Numis Coins & Notes.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...