This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Sunday 22 September 2013

$5 Dollars Malaya 1941


Muka Hadapan (A/76 000993)

Wang kertas  five dollars Malaya ini dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya pada 1st July 1941. Duit ini dikeluarkan dalam dua versi yang berbeza iaitu versi pertama pada tahun 1940 (berwarna biru). Versi pertama  amat sukar ditemui. Manakala versi kedua  berwarna hijau (1941). Duit Five Dollars Malaya ini juga boleh dikatakan "rare" kerana sukar di jumpai dan NH juga mengambil masa agak lama untuk mendapatkannya. Di muka hadapan duit ini tertera potret King George VI. Ia ditandatangani oleh H.Weisberg iaitu Pengerusi Pesuruhjaya dan dicetak oleh Waterlow & Sons Limited, London. Berukuran 135mm x 77mm. Di bahagian hadapan juga terdapat perkataan "BOARD OF COMMISIONERS OF CURRENCY MALAYA", "THIS NOTE IS LEGAL TENDER FOR FIVE DOLLARS IN THE STRAIT SETTLEMENTS AND MALAY STATES" dan tulisan jawi yang bermaksud "WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DI DALAM NEGERI MELAYU".

Di muka belakang pula masih tertera jata Negeri-negeri Selat  1867 yang terdiri daripada Perak,Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan di sebelah kiri. Manakala di sebelah kanan terdapat jata negeri Kedah, Perlis, Johor, Kelantan, Terengganu dan Brunei. Nilai wang dalam tulisan jawi di kedua-dua penjuru sebelah atas. Sementara di kedua-dua penjuru sebelah bawah nilai wang kertas dalam bentuk angka "5".

2 comments:

  1. Akak memang pengumpul wang kertas eh? Negara kita start tahun berapa guna ringgit ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..syiling pun akak kumpul jugak. Kalau xsilap akak negara kita guna ringgit ni bermula pada 12 jun 1967. Terima kasih yea sudi singgah blog akak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...