Muzium Samudera terletak di jalan Quayside berhampiran muara sungai Melaka. Muzium ini dibina pada awal tahun 1990 berdasarkan sebuah replika kapal Portugis yang dikenali sebagai "Flor De La Mar" yang berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Replika kapal ini direka oleh Encik Kamarudin Bin Mohd. Said iaitu Arkitek dari Jabatan Kerja Raya. Ia dibina dengan menggunakan kayu jenis bermutu tinggi oleh orang pembuat kapal yang mahir dan terkenal di Negeri Terengganu. Muzium ini dibuka secara rasminya kepada orang ramai oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke zaman kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Paparan sejarah banyak dilahirkan dalam bentuk tulisan, diorama, lakaran peta, replika kapal-kapal purba termasuk artifak yang ditemui di dasar laut .Sumber: http://www.perzim.gov.my/museum
Pemandangan dari bawah
Menara Taming Sari
Replika Kapal Portugis "Flor de La Mar "
Flor de la Mar, Frol de la mar, atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal nau milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan, kapal ini
direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511.
Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada tahun 1502. Pelayaran pertamanya adalah dibawah arahan
pengemudian Estavao de Gama (abang kepada Vasco de Gama).
Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. Pada pelayaran balik,
ia telah belayar disekeliling pantai Tanjung
Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas dibaiki, Ia menyertai ekspedisi
penjajahan Ormuz pada tahun
1507. Juga mengikuti ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509, berjaya menawan Goa pada tahun 1510.
Kapal
Flor de la Mar juga turut menjadi saksi tentang pelayaran Alfonso de Albuquerque, apabila beliau kembali dalam kejayaan menawan kota Melaka pada tahun 1511, dimana kapal tersebut dipenuhi dengan pelbagai
barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas,
tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound
untuk Raja Portugis. Namun
dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka. Atas sebab kehilangannya terus menjadi misteri, dan
hak empunya bangkai yang masih belum dijumpai masih kekal menjadi kontroversi.
Replika kapal telah diwujudkan dan diabadikan sebagai rumah pameran untuk
Muzium Maritim di Melaka, Malaysia sehingga ke hari ini. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Flor_de_La_Mar
Replika Meriam
Replika Kapal
Tembikar Tanah
Pemandangan dari atas Muzium Samudera
Diorama Melaka sebagai pusat perdagangan dengan pelbagai barang dagangan seperti rempah ratus (buah pala,bunga cengkih, lada hitam), kain serta porselin.
Wang kertas di seluruh dunia
Mata wang zaman pendudukan Portugis di Melaka & Mata wang Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Syah
Laksamana Hang Tuah
i like tempat bersejarah .. insyaAllah .. suatu hari nanti nak pegi ..
ReplyDeleteInsyaallah...Terima kasih atas kunjungan...
ReplyDeletesempat juga berkunjung ke sini 2 tahun lepas...
ReplyDeletesalam..m3h yg da bertahun duk melaka ni pun x sampai ctu lg..ehe
ReplyDelete