This blog is to share the interesting and beneficial hobbies such as collection of coins, banknotes, stamps, coupons, key chains,fridge magnet

Saturday 20 July 2013

"Duit Pokok Pisang" 10 Dollars

Wang kertas di atas lebih dikenali sebagai "Duit Pokok Pisang" dikalangan penduduk semasa era penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ia merujuk kepada imej pokok pisang yang terdapat di bahagian hadapan wang kertas tersebut. Wang ini dikeluarkan pada tahun 1942. Berukuran 160mm x 77mm dan berwarna hijau. Di bahagian hadapan duit ini juga terdapat pokok kelapa di sebelah kanan. Manakala nilai 10 terletak di bahagian tengah, penjuru bawah kiri dan kanan. Siri pertama bagi "duit pokok pisang" ini bermula huruf blok MA dan MB dengan nombor siri (with serial number). Sementara siri kedua tanpa nombor siri (without serial number) bermula dengan huruf blok MB, MC, MD, ME, MF, MG, MH, MI, MT, MK, MM, MN dan MPDi bahagian belakang pula memaparkan imej kawasan tepi pantai dengan pokok kelapa dan sebuah kapal sedang belayar. 

Muka Belakang

1 comment:

  1. AHK baru memiliki 10 dollars dengan siri 'MP'. masih berusaha melengkapkan kesemua siri walau mengambil masa yg lama..huhuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...